Tuesday, 26 November 2013

Teknik Memancing Di Kawasan Berbatu


Pulau Kendi - Pulau Pinang




Menggunakan umpan hidup di kawasan berbatu mempunyai kelebihan dan kesulitan tersendiri. Jika terlalu membiarkan umpan hidup bebas, ia pasti akan mencari tempat perlindungan dari pemangsa dengan bersembunyi di celahan batu karang dan akhirnya tali pancing tersangkut. Tambahan pula jika anda memancing dari tebing, sukar untuk 'mengampai' umpan itu dari batu karang di dasar.






Jika anda ingin umpan hidup tahan lama, ia perlu dihanyutkan dari tebing menggunakan belon atau pelampung. Namun, ia terbatas kerana kesukaran pasti timbul untuk memastikan belon digerakkan ke tengah kerana lazimnya di pantai, angin bertiup dari laut ke darat. Kawasan berbatu adalah lokasi tumpuan ikan. Jadi masa menunggu untuk ikan menelan umpan lebih cepat.






Pemancing kerap mengalami masalah mata kail tersangkut jika memancing di tebing berbatu. Jika persekitaran air jernih, pilih kawasan terang dan jauhkan sedikit umpan dari karang. Perlu diingatkan tempat gelap adalah kawasan batu karang dan di kawasan sini anak ikan bermain. Cuba pikat ikan keluar dari sarangnya dan peluang tersangkut adalah tipis jika kita dapat menahan asakan ikan daripada memasuki semula sarangnya. Jika memilih untuk memikat ikan dalam sarang di karangnya, anda perlu rajin memasang mata kail baru setiap kali lontaran dibuat.






Pilihan kedua, memancing tanpa batu ladung. Tanpa ladung, umpan mengambil masa untuk jatuh ke dasar. Ini memberi peluang ikan menyambar umpan ketika ia jatuh. Cara ini sesuai ketika air pasang atau air pasang penuh. Dengan teknik ini, anda tidak perlu melontar jauh kerana biasanya waktu air penuh ikan akan rapat ke pantai berbatu memburu mangsa atau anak ikan di situ. Sentap balas dan jangan terlalu memberi tali jika ikan mengasak. Tahan joran dengan meninggikan joran sambil mengarau tali. Tanpa ladung juga memudahkan kita merasai umpan yang diragut ikan. Seperti contoh gambar di bawah...tanpa batu ladung pun boleh maaaa.....





ada bran????

No comments:

Post a Comment