Thursday 26 December 2013

LAPORAN TRIP GPL BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG TIANG 60

Pulau Pinang: 25/12/2013-- tiang 60 bawah jambatan Pulau Pinang-- #lubuk pari tiang 60...kali ini skuad Pancing Lentok melabuhkan pancing di tiang 60 bawah jambatan berangkat dari jeti Polis Marin Pulau Pinang. Umpan yang dipertaruhkan kali ini umpun2 dan udang hidup( tak sempat naik jambatan semua sudah koma)....apapun boleh......

 Trip kali ini agak santai sedikit kerana tiada target yang di pertaruhkan...sebab cuti tgh2 minggu kot hari rabu   (ayat cover malu bila ikan tak naik...hahaha)...nak simpan tenaga... tak mau fight ikan bagak2 seperti arowana,ikan sepat dan puyu gigas..hahahaha...cover lagi...apepun trip kali ini memang kumpao sikit...aksi kureng....


Antara aksi penat menanti pancing dirembat sang buana tiang 60...tiang jugak tempat tersandar...sabor...
 Lenguh kaki Tuan Fendi setelah puas tawaf sekitar tiang yang agak degil dan ketegaq untuk memberi kepuasan pada kaki pancing kali ini...sabor....




 Inilah antara hasil yang berjaya didaratkan di tiang 60 kali ini. Sebelum ni ada org dapat pari 6 kilo...kira2nya nak jugak merasa merembat sekor dua kan?kan? Belum rezeki lagi... Sekor talang2 resort , 2 ekor tanda putera, sekor kerapu comel lottey, 5 ekor abang belukang dan 4 ekor ikan lembu tenusu...hehe..selalu org akan menyosal nak datang kat tiang ni bilo tak dapek banyok ikeiii...kami tulis ni sebab ini yang kami dapat bukan apa yang bakal anda dapat.. so jangan tak torai...torai ja boss....

DONT JUDGE THE TIANG BY YOUR CATCH THAT DAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hehehe...

nilai kembali gaya persembahan,peralatan,umpan,waktu memancing(air ada ikan ka takdak) dan yang paling penting pelbagaikan skill or cara memancing...lagi satu...wajib bersyukur dgn apa yang anda dapat.....jangan malas ye...hahaha 

Brother Talang2

 Abe Belukang

 Mr Tanda Putra

 Adinda Kerapu

 Miss Lembu

Jam tepat 4.30 petang....apo lagi...jom kita poie makei...masa untuk bertolak balik...next trip akan di update lagi...ini tiang 60 kami...tiang 60 anda pa citaaaa??? hehehe

sehingga ketemu ya dong mas... +Geng Pancing Lentok 

Tuesday 24 December 2013

LAPORAN TRIP BAWAH JAMBATAN...14-12-2013

Bawah Jambatan : Pulau Pinang : Jeti Menunggu Tepi Marin Pulau Pinang: # nak terjah lubuk tiang 28....tapi hampeh tiang dah kena culik awal pagi....(periingatan kepada kaki2 pancing...mai awai kalo nak tiang masyuukkkk....hehehe)  yang ado tiang 35...wah...bukan pesta ada kat Sungai Nibong ja ka? Ni bawah Jambatan pun ada pesta ma... sabor je la saborudin...
 
Sampai-sampai ja kat tiang kitorang terkejut dengan statement berunsur kekeciwaan,kefrustan , ketidakpuashatian,dan kekumpauan trip sebelum kitorang...adakah ini petanda kami akan mendapat bala petaka yang sama...Ya Allah...bantulah hambaMu yang mengharap rezeki yang murah ini...semua angkat tangan doa semoga kami jauh dari segala fitnah statement tiang tersebut...huhuhuhu...AMIN....




siapa tak hangat?hangit?hampa? baru nak susun barang dah kena fitnah ngan system pertikaian tiang yang dah takdok pilihan????hahahahaha.... ini lah vandalisme yang berlaluasa di bawah jambatan Pulau Pinang...jangan ikut perangai mcm ni...tensen2 mcm mana pun tulis kat blog ke fb ke twitter ke ok la jugak...dok merapu kat tiang tu saja nak bagi aku kutuk ka?hahahaahha...

kali ini umpun2 terlupa nak beli.....bila singgah kat kedai tepi seagate area astaka tu memang dah abis...ramai dah beli buat spaghetti mata pancing...adui menyosal lagi tak poie boli awai...
 yang ada belanak dan udang hidup segan mati tak mau...


 Tuan Shaifol dah naik dulu dah....ni bagi perangat org2 yang kuat fitnah tu...ini bukan sembang kasi bimbang....ini betol punya....umpan guna udang hidup...baik punya satu kilo sembilang sudah naik...


ini pun buleh ka????? nak mancing ka mencandat tu?????



 ada member nak tumpang glemer....hahahahaa seronok main ikan semilang ni..



 inilah hasil yang tak sempat nak possing lebih2....kita datang nak mancing bukan nak buat outdoor photoshoot...hahahahaha....next time (25/12/2013 kitorang nak buat komplot lagi skali kot?) krismass bersama santa tiang!!!!!


 member GPL yang segan2silu nak ambik gambar...kitorang amatur lagi...blom sampai tahap kapal pecah dibadai ombak rindu lagi...hahahahaha....next time dah sampai laut dalam baru layak nak upload video dapat ikan marlin ka...kerapu bagak ka...ikan duyung pun jadila labu...ok....setakat ini sahaja laporan trip Bawah Jambatan Pulau Pinang....harap jangan kutuik sebab pancing lentok tak berapa nak lentok,...kasi tunjuk ajar yo...peace...

Friday 13 December 2013

TERJAH LUBUK BAWAH JAMBATAN PULAU PINANG

Target kali ini Geng PL nak torai tiang no 28 @ 30 @ 32. Khabarnya banyak rembatan gewang dan pancing yang amat melentok di kawasan tersebut...maka dengan ini Geng PL pada esok hari (SABTU 14/12/13) akan mencuba nasib untuk merungkai misteri yang tersirat di sebalik perkhabaran yang diterima...bolehkah diterima pakai atau hanya fitnah semata-mata....nantikan laporan Geng PL minggu depan....torai jangan tak torai...




tiang 28 kot? hahahahaha 

Thursday 12 December 2013

LAPORAN TRIP PULAU KENDI 7 & 8 Disember 2013

 7 & 8 Disember 2013 

Sungai Teluk Kumbar : Ketibaan para pemancing di sini menjadi kegelisahan masyarakat setempat kerana hujan renyai2 membasahi bumi seperti tidak mampu mematahkan semangat para pemancing yang berhajat untuk menakluki Lubuk Puaka "Pulau Kendi". iyo lah tu...kui3...

Kapten Ali dan rakan2 dari Johor (Mat) dan dua lagi rakan dari Perak menggamatkan lagi suasana di dalam bot yang berukuran 20 x 20 kaki ini.. 


 Tekong teluk kumbar Tuan Ayah...dgn penuh kesungguhan menjalankan tugas...




Mr Fendi melayan deruan angin sepoi2 sambil memikirkan strategi yang bakal di pertaruhkan di Pulau Kendi>>> 



 Perjalanan yang memakan masa 20 minit lebih...rasa mcm jauh...sebab tahap kesabaran sudah hampir tiada...hehe


 Kapten dan awak2 menjamu selera sebelum melabuhkan pancing di port pilihan...ambik tenaga dulu katanya ^_^


 Tanpa berlengah lubuk mula di selongkar....Batu 7 @ Batu Muda. Try casting dgn gewang tiada sentapan...air mula surut...8.30 mlm..




 Kerapu naik hasil tangkapan kaedah floating (pelampung) saiz sederhana...comel aje...hahaha




 Kapten dengan ikan sembilang dan sotong katak...saiz hampir2 besar...sotong buat gulai....


 Malam yang gelap kini sudah terang....masa untuk berkemas....Pulau Kendi di subuh hari..



 Kapten dengan senjatanya...possing dulu sebelum meninggalkan pulau "puaka" ini...hahaha





 Inilah barisan komplot pancing lentok kali ini di Pulau Kendi...
Gambar kenangan dari Mr Emis (SohsialKing)

Tuesday 26 November 2013

TIPS DAN KAEDAH PENGGUNAAN UMPAN HIDUP DAN MATI


TIPS DAN KAEDAH PENGGUNAAN UMPAN HIDUP DAN MATI
















PENJAGAAN UDANG HIDUP

kadang2 kita rasa sangat membebankan untuk membawa udang hidup kelaut kerana proses menjaga dan handling amat rumit. kalau tidak udang itu akan mati. kawan nak kongsikan disini satu tip untuk memudahkan kenkawan semua.

1. masukkan udang dalam tong dengan bantuan motor untuk buih.
2. titikkan ubat untuk pengsankan udang(ada jual di kedai akuarium) mengikut sukatan dan   biarkan beberapa ketika sehingga udang landing kat dasar.
3. sediakan ais bongkah selebar 1 kaki persegi dan sekeping surat khabar. masukkan ais tadi dalam peti ais pastu lapiklah surat khabar diatas permukaan air.
4. kutip udang yang dah lemah tadi satu persatu dan susun dalam keadaan baring mengiring. pastu biarkan ia keras beberapa jam.
5. masukkan bongkah ais bersama udang tadi dalam coleman yang ada ais dalam keadaan spt dalam peti ais tadi setiap masa.
6. keluarkan seekor2 bila nak digunakan dan pastikan udang dalam tong sentiasa dlm keadaan sejok.
7. cangkutkan udang tadi kat ekor pastu rendamkan sekejap dalam air laut. dalam beberapa saat buih dalam badanya akan bergerak pastu ia akan melenting dan hidup kembali.

tip kedua untuk mengekalkan kesegaran udang spt masih hidup.
1. dapatkan udang hidup pastu masukkan semuanya dalam tupperware dalam keadaan hidup pastu masukkan air laut sehingga penuh.
2. masukkan dalam freezer sehingga beku dan masukkan tupperware tadi dalam tong coleman yang ada ais.
3. keluarkan sekor demi seekor bila nak gunakan. udang ini kualitinya sama dengan udang hidup dan kadang kala udang itu hidup bila kita turunkan kelaut.


MENCANGKUK UDANG HIDUP DI MATA KAIL


Tip cangkut udang untuk pancingan laut.
kawan rasa semua orang dah tahu macammana nak cangkut umpan udang hidup bahagian ekor tetapi ramai yang tak tahu nak cangkut kat kepala.

kebanyakan ikan suka makan kepada udang terlebih dahulu mungkin kerana tanduk/tombaknya dan sering kita dapati umpan yang kita hulurkan tinggal badan aje. species Kerapu yang bersaiz sedang akan makan bahagian kepala udang sahaja dan badan ditinggalkan. jadi kawan rasa kenkawan kena belajar bagaimana mencangkut matakail kat kepala udang dan boleh tahan lama bahkan lebih lama dari yang dicangkut kat ekor. 

1. terbalikkan udang hidup dengan kaki menghadap keatas.
2. selak kaki depan dan perhatikan satu ruang lut cahaya sebelum mulut udang.
3. masukkan mata kail kedalam ruang tersebut hingga ke tengkorak. berhati hati jangan sampai terkena dagingnya.
4. tembuskan dan akan keluar sebelah pangkal tombaknya.
5. sebaiknya jangan dicasting udang tu, hulur aje kebawah.
keadah ini kalau ikan tak makan ia boleh bertahan sehingga 4 ke 5 jam.












sumber cilok dari >>click<<

Teknik Memancing Di Kawasan Berbatu


Pulau Kendi - Pulau Pinang




Menggunakan umpan hidup di kawasan berbatu mempunyai kelebihan dan kesulitan tersendiri. Jika terlalu membiarkan umpan hidup bebas, ia pasti akan mencari tempat perlindungan dari pemangsa dengan bersembunyi di celahan batu karang dan akhirnya tali pancing tersangkut. Tambahan pula jika anda memancing dari tebing, sukar untuk 'mengampai' umpan itu dari batu karang di dasar.






Jika anda ingin umpan hidup tahan lama, ia perlu dihanyutkan dari tebing menggunakan belon atau pelampung. Namun, ia terbatas kerana kesukaran pasti timbul untuk memastikan belon digerakkan ke tengah kerana lazimnya di pantai, angin bertiup dari laut ke darat. Kawasan berbatu adalah lokasi tumpuan ikan. Jadi masa menunggu untuk ikan menelan umpan lebih cepat.






Pemancing kerap mengalami masalah mata kail tersangkut jika memancing di tebing berbatu. Jika persekitaran air jernih, pilih kawasan terang dan jauhkan sedikit umpan dari karang. Perlu diingatkan tempat gelap adalah kawasan batu karang dan di kawasan sini anak ikan bermain. Cuba pikat ikan keluar dari sarangnya dan peluang tersangkut adalah tipis jika kita dapat menahan asakan ikan daripada memasuki semula sarangnya. Jika memilih untuk memikat ikan dalam sarang di karangnya, anda perlu rajin memasang mata kail baru setiap kali lontaran dibuat.






Pilihan kedua, memancing tanpa batu ladung. Tanpa ladung, umpan mengambil masa untuk jatuh ke dasar. Ini memberi peluang ikan menyambar umpan ketika ia jatuh. Cara ini sesuai ketika air pasang atau air pasang penuh. Dengan teknik ini, anda tidak perlu melontar jauh kerana biasanya waktu air penuh ikan akan rapat ke pantai berbatu memburu mangsa atau anak ikan di situ. Sentap balas dan jangan terlalu memberi tali jika ikan mengasak. Tahan joran dengan meninggikan joran sambil mengarau tali. Tanpa ladung juga memudahkan kita merasai umpan yang diragut ikan. Seperti contoh gambar di bawah...tanpa batu ladung pun boleh maaaa.....





ada bran????

Friday 22 November 2013

TRIP KE PULAU KENDI 7 & 8 DISEMBER

Kali ini komplot pertama geng pancing lentok akan menerjah lubuk keramat di PULAU PINANG -------->>>>>PULAU KENDI<<<<<-----------



- strategi pertama untuk ke laut dalam belum tercapai...
- menimba ilmu bersama KAPTEN ALI (0125934811) di Pulau Kendi


Menerjah kelah merah di Royal Belum 
Hasil pancing dasar berumpankan kelapa sawit... 

Gaya otai bersama senjata nya- Kapten Ali_ 

- mencari stamina untuk menghadapi komplot lain yang akan datang!

nantikan laporan penuh nanti--->>> 7 & 8 DISEMBER

p/s :  DOA KAN PANCING KAMI LENTOK DAN BUKAN SEMANGAT KAMI YANG TER LENTOK...HEHEHEHE....ATTACK!!!! !